Tuesday, November 3, 2009
what will you say if...
1. anda akan menjadi guru tapi anda lebih suka menonton rancangan2 @ prgram2 kedoktoran.
2. masa lapang yg sepatutnya diisi dgn aktivity2 yg b'faedh digunakan untuk tidur sepuas-puas nya.
3. keje yg melambak-lambak tak ingin di siapkan tapi menolong org lain menyiapkan keje mereka.
4. anda tak suka dgn seseorang tp anda melayan nya dgn baik setiap kali berjumpa dgn nya.
5. anda tak suka dgn sesuatu subjek, tapi anda score dgn baik utk subject tersebut berbanding subject yg anda minati.
6. org menyalah anggap persahabatan baik anda dgn seorg teman yg berlainan jantina.
7. anda kehilangan semua cita2 @ impian apabila anda membuat sesuatu keputusan utk memilih jln yg tak pernh anda terfikir utk melalui nya.
8. anda jarang mndpt peluang melakukan apa yg anda suka
9. ingin membeli brg2 yg anda impikan tapi tdk mempunyi cukup wang utk itu.
10. anda suka merungut sedangkan anda tau perbuatan itu adalah tdk baik & benci mendengar apabila mendengar org lain melakukan prkara itu
11. anda lebih suka membuat kerja yg kurang memerlukan anda bercakap tapi menjadi seorang guru yg mmg kerjenya bercakap di hdpn kelas setiap hari. huhuuhuhuhu......
Tuesday, October 27, 2009
kenangan raya
yey.... hakimi paling pendek!!!
yg ramai2 ni baru anak branak mak long sebelah abah
ey ika, tak gerak pon sampan ni..
jgn nk brangan mendayung la kalau sampan tu terikat kat tiang rumah..haha
Monday, October 26, 2009
no topic
oh, mlm td kecoh psl pak guard blasah budk. yeke? ntah...aku pon tak tau sejauh mana kebenarannya. tapi, aku mmg bengang dgn beberapa pak guard (yg ntah2 aku bley pggil adik guard). belagak mcm pengarah. ada hati nk tlg mendisiplinkan guru2 pelatih. baik ati la sgt... pastu, ugut kitorg ni mcm la kitorg baru smggu kat mktb ni. alah... kalau dia sushkan hdop aku, aku tak akan teragak2 utk sush kan idop dia plak..
em...mls nya nk kissm. ada test, presentation, public speaking, etc.. alo... bosan la buat bnda2 tu sume...
Monday, September 28, 2009
rojak!
em...d sbbkan pergi bulan pose, so kurang la beget utk mkn. tapi, aku tak penah mkn mknan org sabah ms kat sana. asyik2 kfc, chicken rice shop (mdm mahany blanje), then mkn kebab. huh..apekejadahnya aku ni. aku tringin sgt nk minum jus avokado tapi smp ke sudh tak dpt jugak. pendek cerita, trip ni biasa2 jek. takde sgt keunikannya melainkan aku pegi tgk wayng kat 1-borneo tgk final destination 4. helo....kat jb punyala melambak2 panggung wayang. tapi kat KK jugak aku g tgk movie. apakah?? ni sume gara2 kitorg mlepak kat shopping complek tu lama gile. 2 ari berturut2. ape kes g sabah jauh2 last2 lepak kat shopping mall. mmg difahami sume org penat, panas & tak berduit utk berjalan2. tapi, what's d point ko pegi sabah tapi ko tak jln2 round sabah? agak tak dpt diterima oleh aku. tak nk komen byk2, nnt aku kne smash plak.
kat Kinabalu Park aka kaki gunung kinabalu
Saturday, August 15, 2009
petua mencegah H1N1
1. banyakkan minum air masak
2. mandi sekerap yg boley
3. makan banyak buah-buahan seperti oren etc
4. gunakan banyak bawang putih dlm masakan dan makanan
5. rendamkan kurma di dalam air kelapa selama beberapa jam, minum air kelapa dan makan kurma itu sekali.
apa yang aku tahu, virus H1N1 ni sush untuk memasuki sistem pertahanan diri (antibodi) yang kuat. so, apa2 sahaja yg berkaitan untuk menambah antibodi mungkin boley diguna pakai kot..
IQ vs EQ
dalam preview tu jugak, dia ada tunjukkan bebrapa research tentang perkara2 penting utk menjadi manusia yg berjaya. perlu ada 3 bahan ni:
1. skill
2. knowledge
3. attitude
kajian menunjukkan sebnyak 10-15 pratus orang dibuang kerje kerana kurangnya skills dan knowledge tapi sebanyak 80-90 pratus orang dibuang kerja kerana kurangnya akhlak dan attitude. oleh itu, kita hanyalah memerlukan 10-15 pratus shja ilmu dan skill dlm hidup dan slebihnya bergantung kepada akhlak dan keperibadian untuk mencipta kejayaan. cuba kita kaitkan dengan situasi di sekolah. apa yg diajar di sekolah? rata-rata guru mengajar hanya kemahiran2 dan ilmu2 akademikl kepada anak2 murid. namun, berapa ramai yang menyuburkan jiwa dan rohani anak2 murid? jika student mendapat 5A dlm UPSR, kita dh anggap mereka sebagai berjaya. namum, berapa percent sgt kejayaan itu? tdk lebih 20% jika akhlak mereka tidak sempurna!
benda yg aku mgarut2 kan ni mudah jek actually. utk brjaya, IQ & EQ perlu ada. carilah sebanyak mana ilmu yg boleh dicari namun, bertindaklah berdasarkan EQ yang tinggi kerana EQ membenarkan manusia utk bertindk dgn lebih rasional dibantu dgn IQ yang pintar.
tahap yang paling tggi dalm mencapai kebahagiaan dan ketenangan dlm hidup ialah SQ iaitu spiritual quation. spiritual inilah yang mengukur sejauh mana kita mengenal diri sendiri dan yang MAHA Pencipta. hanya dengan keimanan dan keyakinan yang tinggi bahawa ALLAH itu wujud dan setiap sesuatu itu takkan terhalang dari pengetahuan-NYA, hati akan menjadi tenang dan damai. sesungguhnya, kita sering resah dan gelisah kerana mungkin, kita kurang menghayati dan mengingati-NYA, ALLAH yang Maha Besar. wallahualam....
Thursday, August 13, 2009
guru kerja mcm buruh/ pengembala????
then..dia tny aku apsl aku jd cikgu..
soalan yg aku dh tak nk jwp dh.. (akan mengingat kan aku akan peristiwa2 sedey 5 taun lalu)
"long story doc" aku jwp..
"awak minat ke?" i kept silent smbil memasukkan duit baki dlm purse..mals nk jwp!!!
aku cpt2 nk kuar ble dia buat 1 call.
tak sempat aku nk bukak pintu, dia ckp lagi...sah, mmg dia nk berbork dgn aku psl ni..
"awak tau tak keje ckgu ni mcm org kerja buruh?"
"stuju"
"kerja mcm kembala kambing & lembu..kelas takde air-cond"
aku mengangguk.. "no objection doc" ckp dlm ati jek..aku rs dia sgaja ckp mcm tu sbb nk suh aku bukak mulut.
"well doc, i dun want to talk about this, yg penting saya dh jd cikgu"
dentist tu gelak besar dgr jwpan aku... "jumpa lagi doc, bye" cpt2 aku blah..
haha....aku bukn nya nk lari dr doc tu. tp aku tak rasa yg aku nk kongsi ape yg aku rs psl soalan dia tu (not a good story to share)
slalu nya, org slalu ckp cikgu ni kerje senang, byk cuti, gaji banyak, blk awal, bla..bla..blaa
tapi doc ni opposite. berdsrkan cr dia tny soalan tu, aku rs dia bukan nk mengecilkan profesion keguruan cuma mungkin dia curious knapa aku boley terjebak dgn kerja yg sush ni.
mcm kita slalu pk psl profesion kedoktoran. blaja sush lama plk tu, kerja sush, kerje mcm kuli, tak cukup rehat, slalu on-call, gaji lebih kurg cikgu jek..tapi at the same time, kita ttp tabik kat mereka2 yg jd doktor. same goes to this dentist jugak. (aku jd pelik plak sbb situasi nya berubah..haha...) dgn kata lain, dentist ni tahu la yg nk jd cikgu ni sush, kne banyak berkorban, jaga anak2 murid seolah2 spt kita spt pengembala, kdg2 tak tau ape yg murid2 akan buat, setiap sorg ada perangai tersendiri, nk buat 1 lesson plan pon mcm nk plan rmk9 etc...
so, what your say my friend???
p/s: i hope to not be asked that question again..pleaseeeeee
Wednesday, August 5, 2009
keserabutan...
irfan, danish dan damia....
mak aku mmg seorg suri rumah yg berjaya + baby sitter yg profesional. so, dia dh lama dh jaga baby2 ni. sejak aku skolah rendh lagi kot (tak bape ingat)...tapi semua baby yg mak jaga ialah anak2 cikgu merangkap kwn2 abah aku.
the latest & yg ada simpanan gmbar ialah mereka ber-3 ni. diorang memanggil mak aku "mak" dan abah aku "abah jai"
yg kat sblah kiri ni irfan & sebelah kanan ni danish. mereka adlh adik beradik kandung seibu sebapa yek. jarak umur hanyalah setahun sebulan shj. kedua-dua mereka ni jenis yg agak gembeng (suka menangis) ms diorg baby. so, agak rumit sket nk jg diorg ni. pantang tinggal, melalak la mereka. tapi, ble dh besar sket, diorg ok jek.. kalau nk tdo, mst dlm buai. "no buai no tdo aa mak"..kalau nk compare diorg ni, adik lebih brutal dr abg. abang ni kememeh sket..kalau tak dpt ape yg dia nk, comfirm mlalak dgn yg volume yg kuat. pantang nmpak adik dia pegang brg, mst dia nk jugak. pastu, mcm2 tektik la yg dia guna utk dptkan brg dr adk dia tu. adk dia plak, kdg2 rilex jek dia bg brg dia. tp awas, kdg2 dia berlakon jek. ble line clear, dia pon membals dendam dgn menggigit @ menghempuk abg nya. ape lagi..nangis smp bergegar la rumah mak, irfan oiiii...
haha...tapi mmg sronok tgk diorg membesar. mcm2 kerenah... kalau diorg dtg, riuh. tapi ble diorg takde, alahai....sunyi nya rumah...
skrg mak dh tak jaga diorg lagi. diorg dh blk n9 (kg umi & abah diorg). so digantikan lah dgn baby baru ni....
damia atau nama sebenarnya nur damia batrisya (btol ke k.ain eja nama damia ni?) baru berumur 7 bulan. mmg baby yg senang utk di jaga. kacukan pahang (sebelah ibu) dan penang (sebelah ayah). haha.... kalau dh ngantok, boley tdo di mana2 saja. nangis pon pelan jek (sesuai dgn seorang girl yek).
last week aku balik, dia baru baik demam. so, agak merengek sket la. tdo pon tak bape nyenyak. tak bley nk tgk org berbaring sket. kne layan dia jek. aduh....k.ain tak bley tdo tau damia! asal aku nk letak kepala kat atas bantal jek, ha...stat la dia nk nangis. dh la aku ni pent (ddk dlm bus 12 jam...haha) dia plak dengki aku nk tdo.. damia alergic dgn susu lembu. so, sebarag makanan berasaskan susu lembu dia tak bley mkn. perut dia akan kembung or lebih teruk bley demam. kesian ko damia... so, skrg dia hanya boley minum susu soya saje... ms dia berumur 3-4 bulan, dia sgt peramah. kejenya nk berborak jek. nenek & makcik2 aku yg 1st time jmp dia pon bley rindu dibuatnya dgn mulut dia yg byk berceloteh itu....tapi bila dh beso sket, dia jd pendiam. tak byk ckp...apehal eh damia? nenek pesn suh diam ek kalau kat rumah org?
so, rumah aku tak penah sunyi dgn tangisan seorang baby sejak berbelas tahun kebelakangan ini...tapi rasanya, damia maybe baby terakhir yg mak jaga kot. aku pon tak mau la kasi mak jaga baby lg. penat sey.. lgpon mak dh tua (kurang sopan ke?) & aku pon nk keje dh taun dpn. so, nk kasi mak relax2 je la lps ni...bley la mak tanam2 pokok bunga ke, tanam pokok cili ke ape ke kan...haha.... or ikut abah pegi cycling. ha...ye, bley la mak practise bawak basikal ble dh tak jg damia nnt. pastu bley join group gagak hitam abah menjelajah johor naik basikal..kui33.. (melampau ke gurauan aku ni?)
ha...itu sajala....sekian...
Tuesday, August 4, 2009
ku mohon
Setiap hari ku mohon
Agar KAU sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti, punya ertinya
ENGKAU beriku harapan
Menjawab s'gala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa KAU selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah... ku perlu rahmat dariMU
Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada MU
Agar jiwaku tenang
Dalam bimbingan MU, selalu
Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu, oh
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat MU
Pada hidupku
Sunday, August 2, 2009
sudien bertemu Dato' CT
mamat ni mmg fanatik dgn siti nurhaliza. tak tau la apsl sgt yg dia suka kat ct ni ntah..
nk dijadikan cerita, mamat ni pon pegi la aussie utk berjalan2 smbil melawat kwn2nya di sana(mmg poyo thp cipan)
one day kat Sydney, diorg terserempak dgn CT and Dato' K then mereka pon bergambar la..
cerita aku kat sini, apakah besar sgt malaysia ni smpkan jmp CT kat Sydney??
Monday, July 27, 2009
kursus kahwin
tidak bermakna aku nk kawin dlm masa terdekat ni
tapi...sbb dh alang2 aku jd ajk kursus ni, aku join jek la teros. (tanda sokongan kat kesas yg menjadi penganjur)
tapi...agak tak bape best sbb sume cite diceritakan oleh pencerah2 dlm bahasa kelantan. aku tak paham!!!!
then, nnt kat dlm sijil aku tu, ada cop negeri kelantan...hua33333.....sedey. (hei, aku org johor lah!!!..frust tertonggeng..)
haha....pdn la muka aku, sbb aku yg g dftar diri sgt. mengada2...
takpe la, at least aku dh pegi..
lgpon, aku bknnya dgr sgt. bork2 and makn2 jek dgn bdk2 ni kat blakang. tak fokus pon.
so, nshat aku kat org2 yg blom amek lagi. kang bila korg dh konpom nk kawen kang, korg amek la kursus tu. jgn takde awek lagi korg nk amek. mmg tak berbaloi. korg tak kan fokus. sebb korg takde matlamat nk kwen lagi. tapi, if mmg dh bermatlamat nk kwen, mst korg lebih fokus dan bersungguh2 nk dgr ceramah2 tu....
pulang dr BIG
assalamualaikum,
ari khamis lepas 23 julai 09 kitorang pon tamt latihan BIG kat tasik kenyir (latihan..cewah..hahahha)..
overall, suma nya berjalan lancar cuma abg shah jek yg telah bahunya 'dislocated' ms tracking di hari ke-3.
pengalaman plg mengerikan bila pada ari ke-2, ada sket ribut. so, kami yg tak penah mengalami ribut agak cuak. 1 ilmu yg aku dpt dr en.zainol: "apsl la korg ni tak tarik ground sheet ni, duduk bwh dia? takde la korg basah mcm ni. dh tahu hujan, tempias, korg boleh lagi diam jek. pakai la otak skt" btol jugak kata2 en.zainol tu even cara dia ckp agak ganas dan sedikit kejam. patutnya, kitorng duduk la bawah canvas tu, cover badan dr basah. tapi sebab kitorg tak terpikir, so kitorg pon basah kuyup la..huhuhuhu....
aktiviti nya kitorg dh penh buat ms PL dulu: aktiviti air, kayak, tracking.
rasanya..kali ni pny aktivity air agak best. tiba2 plak aku terer berenang.hahahha....(pakai life jacket yek). tapi, kayak agak sket tak best. tak tau apsl, tapi kayak aku & emon uncontrolled. penat sket sebab kayak tu jln senget.. ke kitorg yg senget? hahahha...
tapi, kalau nk compare dgn PL aritu, rasanya PL lagi penat. BIG ni sgt relex. smp aku agak tertanya2 dan cuak (yela..takot2 tu cuma lakonan lecturer jek)
papepon, yg penting, aku dh g BIG. hahahahha....
yg ingin dihighlight di sini ialah
EN.ZAINOL!!!!
"mana ko letak buah pinggang ko???"
Monday, July 20, 2009
Friday, July 17, 2009
teringat kenangan lama...
aku baru jek balik dr umah mdm mahany ni
berkampung dr tgh ari td smp la ke mlm
sbbnya..BLI TIKET KE SABAH UTK BED MATH!
teringat zaman dulu2 ms nk bli tket ke Uk
tak sangka akan mengalami nya semula
payah & sush
tapi nsb baik penh ada pengalaman, takde la rasa tertekan sgt
kalau dulu 12 org ni 50 orang!
dr semalam lagi aku berusaha, dr kat kelas smp la ke bilik smp la ke cc.
tapi tak berjaya gak nk booking tket. yg payah nya ble kne taip semula details passengers stiap kali unseccesfull. ble dh berjaya mskkan detail, tiba2 plak ada mlsh pembayaran...ha..kne isi balik.
kgd2, dh boley nk bayar, tket plak naik..hoho...
tapi alhamdulillah la..rupa2 nya ALLAH nk bagi tket murah kat kitorg. pegi bulan pose, tket plak RM110 pegi & balik. aku rasa dh cukup murah dh. tapi kalau ada gak org yg berbunyi, aku tak tau la kan nk ckp ape..lantak la.. janji, aku dh buat yg terbaik yg boley aku buat...
slamat ke SABAH!!!!
Friday, July 10, 2009
sudah tidak dihalau lg....
aku sudh tdak dihalau lagi dr asrama...
well, aku tak la hepy sgt dgn berita ni. agak sedih dan kecewa jugak serta BENGANG!!!
actually, aku sedikit curious tntang perkara ni. tapi takpe la, kang lepas ni kalau kne halau lagi, aku BLAH je la!!!!!
Wednesday, July 8, 2009
Dihalau dari asrama..
cita lawak pada pagi ni. aku & d geng telah diarahkan utk mengosongkan bilik2 di asrama before ahad ni. apakah????
haha...nsb baik geng2 aku sgt terer mencari rumah. tgh hari td jugak diorg dpt rumah tu.
nasib baik aku telah bersedia dr segi mental. cuma aku tak ready dr segi kewangan jek..huhuhuhu.... cane nk tambahkan pendapatan ek?
Wednesday, July 1, 2009
makan malam dgn tragis
mlm td, kitorg g dinner. sempena balik dr Uk la konon2 nya. aku mkn dg banyak nya. huh..dh langgar peraturan diet aku ni.
tq to lecturers yg dtg skali; madam mahany, miss foo & mr su.
lepas hepy2 mkn dgn banyak nya, tayar moto ani plak bocor dgn dhsyat (terkoyah rabak). wat's dat mean? ina g bonceng tu berat ke?hahahha...
well, ptutnya jd cite sedey, tp kitorg ttp hepy dan siap bergmbar2 lg kat stsyen minyak tu..haha
utk maklumat lanjut & gambar, sila view blog apis yek...tq
huhuhuhu...
agak serabut gak la minggu ni dgn kesas
lagi2 ble most of the AMT pegi praktikum
hua~~ mereka tgh membuli aku secara tdk sengaja. tggal aku sorg2 jek yg kn pegi setel kan urusan kesas utk majlis esok..hahahha..
ceh, mereka telah membalas dendam (sbb aritu aku g prktikum, diorg jek yg byk buat keje hahahah....)
Saturday, June 27, 2009
putus cinta..
Sekadar bagi nasihat yg aku pon tak tau betol ke tak. Menjadikan aku lebih takot utk "fall in love". Thanks ALLAH sebab belum bukak lagi hati aku ni utk syg sape2 lebih dr yg sepatutnya & jauh kan aku dr kesakitan yg amat dhsyat (berpandukan kondisi org2 yg putus cinta tu la...). Benda ni membuatkan aku befikir agak panjang la (dr kebiasaan). Aku pon tak paham, kdg2 org ckp bercinta ni utk meriangkan hati. Tapi kebanyakan cerita yg aku dgr, cinta ni menyakitkan. So, apsl sume org sibok2 cari partner utk couple? Mmg tak paham dan tak tercapai pemikiran logik akal aku. Betul la nabi kata, bersederhana la dlm semua hal. Maknanya, 1 perkara yg aku dpt fikirkan, bila kita jumpa org yg betul utk kita syg, jgn la bagi 100% sayang kita tu utk org tu. Sebab, pengeluaran sayang yang byk boleh menjana racun yg sama bnayk jugak yang di kemudian harinya boleh membunuh tuan punya sayang tu. em....
Tapi, aku mmg sokong yg org yang putus cinta ni lebih kuat dari org yg tak penah bercinta mcm aku ni. Ada org ckp, budak yg putus cinta ni bodoh & tak kuat serta tak matang. Mungkin..tapi aku yakin dia lebih kuat dari kitorang. Sebabnya, masakan ALLAH tak penah bagi kitorang rasa mcm mana sakitnya putus cinta sebab ALLAH takkan turunkan sesuatu musibah kalau org tu tak kuat utk melaluinya nya.. kan? WALLAHUALAM....
pergi ke UK
Dh lama tak update blog ni. Ain Rahman pon dh bising2 dh..
Well, it’s about a month aku balik dr England. Rasa memang berbaloi bekerja selama setahun untuk cari duit. Dengan bangganya aku nk ckp kat sini yg aku totally spent DUIT SENDIRI utk ke England!!!
Well, mmg abah ada bagi duit, but right after aku balik dr UK, aku dh pulangkan semula duit abah. Mulanya mmg rasa nk amek jek duit tu, utk blanja after balik dr UK. Tapi, ada something yg membuatkan aku rasa I should pulang kan balik duit tu. On the day nk berlepas tu, Taufiq & Ezan dtg kat LCCT around pukul 5am. Kitorang pon sembang2. Taufiq said yg dia ada jumpa abah kat skolah aritu ms Taufiq dtg utk mintak cop pengesahan. Then, abah ada ckp yg ‘this trip is such a waste’. Mksd nya dia tu membazir ke aku pegi ni? What????? I can’t believe this. Before ni abah tak penah ckp pape pon? Beside, dia dgn mak mmg sokong aku. So, I just can’t understand that. Taufiq kelentong ke or betol? Even Taufiq suka bergurau tp aku tak rasa Taufiq buat2 cite. Maybe betol kot abah ckp mcm tu. Well, tak tau knapa aku rasa terkesan sgt dgn ckp Taufiq tu. Tiba2 aku rasa sedey, aku rasa mcm tak nk pegi, mcm nk tros balik jek waktu tu ikot diorg balik JB. Kalau ye pon membazir, aku bahagia sbb aku tak pakai duit abah utk pegi. Ntah la…aku tak tau ape yg aku rasa. Tak tau nk describe.
Kdg2, aku mmg terdengar org ckp kat dpn & belakang psl trip ni. Tapi, lantak la. Aku yg nk pegi, so aku ikot jela ape yg aku rasa kan. Sekadar dgr jek & thanks jugak kat diorg2 tu. Sebb, kdg2 kata2 diorg tu boley dijadikan penguat & penambah semangat. Mulanya, aku mmg budget yg trip ni akan pakai duit yg sangat banyak. Tp syukur, ALLAH permudhkan semua nya last2 minit kitorg nk fly. Kitorang jimat dlam 250pound = RM1500. UH tiba2 bagi penginapan free & 5pound kupon makan each day. So, mkn jela pape yg kita nk café diorg. 5pound sehari mmg banyak. Mcm RM30 kat Malaysia. Dgn 5pound, kita bley amek 10 keping coklat Snickers tau! Mula2 mmg takot nk makan. So kitorang cuma amek coklat, fruits and jus jek. Tapi lama2 ble dh biasa, kitorg dh bley mkn sandwich, nasi, etc. Bila ada food yg utk vegetarian, kita bley amek & makan. Mula2 mmg ada sedikit keraguan yg mungkin makanan tu ada alcohol, tapi ada yg ckp tu keadaan darurat. So, kitorg carefull dlm pemilihan makan. Tgk dulu ingredient. Ble btol2 yakin, baru amek. If tak, tinggalkan jek. So, secara keseluruhannya, mmg takde masalah langsung utk mkn. Mmg makanan terlalu byk smp kitorg terpaksa tgglkan kat hotel ms ari last nk balik. Sbb beg tak muat & takot terlebih berat beg plak.
UH mmg struggle utk menjadikan trip kitorg sesuatu yg berbaloi. As for that, kitorg pny jadual dgn UH mmg pack! Cuma ada 3 ari jek kitorg free utk pegi meround sendiri. So, 3 ari tu mmg kitorang round London jek la. Tu pon byk tempat yg tak sempat nk pegi. Tapi, even mcm tu ttp rasa berbaloi sbb byk gak tempat yg pegi; naik open-top bus round 1 London, naik London Eye tgk pemandangan London dr atas, naik City Cruise, Madame Tussouds dan mempoyokan diri amek gmbar dgn artis2 patung..hahahhaa , Tower of London, pegi Trafalgar Square (btol ke eja ni?), Buckingham Palace, Oxford Street utk shopping dan ape lagi ek? Heheheh….. Perkara paling best skali, ble nk cari tempat utk solat. Kitorang solat kat celah2 bangunan dan tgh2 park. Kat sana, baru la dpt praktik kan ape yg kita blajar ms skolah2 dulu. Cane nk cari arah kiblat, cara solat, cane nk tgk tempat2 yg sesuai & diyakini suci. Pengalaman pertama aku & rasa agak mencabar. Maksudnya, walau ape keadaaan sekali pon, solat ttp wajib kne buat!
Kat UH, kitorang msk kelas2 diorg. Kitorg join kelas PE, Math, BI, Art & Design and ICT. Ada kelas2 yang kitorg join kelas student diorg & ada yg kitorg jek. Kdg2 tu, aku tak phm sgt ape yg lecturer diorang terang. Hahahha….. mula2 agak sush nk sesuaikan lidh ni utk ckp English. Barry pon tegur apsl aku senyap sgt ms smp. Aku pon ckp la aku ni pemalu. Padahal, lidh tak tune lagi. Hahahha… lepas sehari, barulah lidah ni laju jek (confirmla tersasul2 jugak). Kitorang pny school education ni kat De Havilland Campus. UH ada dlm 3 campus kalau tak silap; Campus Lane dgn tak ingat yg 1 lagi. Hehehe….. kitorang pegi Campus Lane jln kaki jek. Agak jauh, tapi biasala Barry (lecturer PE) suka berjalan. So, jln jela… sepanjang kat sana, Barry Costas jd pengurus kitorang. Barry mmg best. Very talkative& cooperative! Sgt memahami & bertolak ansur serta sgt baik! Cayalah Barry! Kitorang jugak pegi sekolah2 rendh diorg; the Ryde Primary school, The Green Lane, St. Philip, Birchwood, and Howe Dell school. mmg best la. Tgk student2 pon sgt aktif. Agak mengagumkan bila pelajr2 diorg sgt terbuka dan boley explain ape g diorang rasa, buat dan tahu kat kita. Kdg2 smp tak tau nk tny ape sbb sume diorg dh terang. Berani btol bdk2 diorg. Tu antara bnda yang kita boley compare dgn pelajar melayu kita; pemalu dan takut. I believe, diorg jadi mcm tu sbb adult diorg yg menjadikan environment utk budk2 tu mcm tu. Tak mcm org2 dewasa kat Malaysia ni. Kita jarang nk hormat budak2 kecik kita. Tapi kat sana, diorg sgt hormatkan budak2. Tapi yg bagusnya kat Malaysia ni, budk2 jarang berkurang ajar dgn org tua sbb takot. Kat sana, diorg bebas utk bagi pendapat dan luah ape yg diorg rasa kat org2 tua (situasi ni kdg2 nmpak mcm kurang ajar utk org melayu).
Kami jugak bawak permainan tradisional melayu Malaysia mcm batu seremban dan galah panjang & tunjuk kan cara2 main kat omputeh tu. Hoho….seronok sakan diorang. Paling best ble diorg tak bley nk main batu seremban! (daya coordination diorang agak rendh ms main tu..hehe…). kitorang pon buat persembahan dikir barat gak (dlm BI tau!). hahaha…agak seronok jugak. Mat saleh t upon asyik ckp “wow”, “fantastic” etc… yeke diorang tu? Ke cuma pura2 jek ckp best? Haha.. tapi mmg best kot persembhn kitorg tu. Kalau tak, tak kan la madam2 dua org tu smp nk nangis sbb hepy. Kan2???
Well, mmg berbaloi la usaha kitorg selama ni. Last skali, Congratulation for u all guys!!!!
Thursday, May 7, 2009
sadis..
arini aku tak lepas nk derma darah sbb hemoglobin rendah!
arghhhh....tension....
ina pon sama..
em, adakah sbb jadual makan tak menentu, kecelaruan fikiran, ketidakstabilan emosi & letih bley menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan sterusnya mengganggu sistem pembinaan darah?
anyone have gud answer for it?
Monday, April 27, 2009
wat u gave, u get back!
aku rasa, aku dh bley faham apa yg dikatakan
"ape yg ko bagi, ko akan dapat balik"
dengan situasi yg berbeza, tempat dan masa yang berlainan
tapi perasaan dan impak nya tetap sama atau lebih
yang pasti, tak kurang
aku amat yakin, ALLAH yang MAHA ADIL itu
pasti akan berlaku adil terhadap hamba2 nya.
kdg2 aku terfikir,
sape la yg sumpah aku jd cikgu ni
ble tgk ank2 murid nakal & malas
terfikir gak...agaknya, aku dulu mcm tu la
tu psl ALLAH balas balik kat aku skrg ni..
bukan tu jek, byk lagi perkara2 buruk yg happen kat aku ni
ada kaitan nya dgn masa silam aku.
(CONFIRM BANYAK DOSA AKU NIH!)
& aku yakin, kalau korg ingat2 balik
tentu korg dapat jawapan
sebab musabab something yg buruk happen kat korg
bukan yg buruk jek
yang baik pon banyak
seimbang 2-2 tu..
kalau kita byk buat baik, banyak la baik yang kita dpt
if not, yg sebalik nya la...
so, buat baik la setiap ms
even kdg2 kita nmpak bodoh di mata manusia kalau buat baik
pilih: nmpak bodoh di mata manusia or hina di mata ALLAH....
wallahualam...
Sunday, April 19, 2009
BiLa ALLAH memanggil kita PULANG!
itu janji-NYA..
pasti!
7 April 2009 atok,
PAIRAN BIN AHMAD
di panggil pulang kepangkuan-NYA
seperti yang dijanjikan, mati itu pasti
takde ape2 n sape2 yang mampu utk halang kejadian itu..
yang tinggal, teruskan membuat assignment yang ALLAH beri
kumpul sebanyak amal dan pahala yang boley
utk yang telah KEMBALI,
Al-FATIHAH..
moga roh dicucuri rahmat ALLAH dan mendapat tempat utk ke syurga..
p/s: i miss him! how is he in there? wallaualam..