Thursday, October 21, 2010

Tidak mudah mendidik manusia

Hurm..ok, aku dh semakin mendekati perkatan "i'm giving up"...
Stress bila ape yg di ajar tidak mendapat tempat di hati pelajar2. Penat menjerit dan membebel tapi hanyalah sebagai angin lalu di telinga budak2. Rasa muak kerana harus mengulang perkara yang sama setiap hari untuk mengingatkan murid2 tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Letih apabila cikgu saja yang beria suruh murid belajar dan bersedia untuk peperiksaan tapi yang murid bagi hanyalah dakwat merah pada markah mereka. Tak larat nak dengar guru besar membebel bila keputusan murid2 merudum. Penat untuk memikirkan solusi untuk semua permasalahan murid dari segi sikap, kebajikan sehinggalah ke akademik.. Lemas apabila harus membuat keputusan yang cepat dan tepat apabila murid membuat peragai.. wahai murid, tolong lah jadi manusia~~

TUHAN..bagi aku kekuatan dan taufiq hidayah untuk aku terus bertahan =)

Tuesday, October 19, 2010

suka la...

em...dah berapa lama aku tak update blog ni? kalau tak kerana Izyan dan aku yang tak bley tdo mlm ni, xde maknanya aku nk update. banyak cerita tapi tak tau nak cerita ape..
ok, dalam setahun, merayap adalah 1 perkara yang paling seronok! dapat keluar dari sekolah mmg best! oh..cerita psl sekolah, tadi aku dh lempang 2 orang budak. cuak la jugak selepas melempang tu, sebab ada tinggal bekas kat sorang budak tu.. dh la 2 mggu lepas, lebam biru waa cakap luu bekas kne cubit. dhsyat ah~~ ok ain, no more physical contact after this!


berapa kali harus pergi Singapura taun ni? oh..taun ni saje dah 5 kali. best? tlg! amat la tidaknya.. this November bakal pergi lagi dgn Shikin. well, hrp yang last dlm taun ni. no more! please..muak la. hahhahah....



emmm..bercerita tentang Tanjung Balai, Karimun, Indonesia..tiadalah ape yg menarik. tapi aku pastinya akan lebih menghargai Malaysia selepas lawatan itu. hahahhaha....

ok, laptop aku rosak. maka, adakah perlu beli laptop baru? oh...duit..duit...di mana kau duit.. gila la. bekerja utk duit ke duit untuk bekerja? oh..apalah???