Saturday, December 22, 2012

cerita 2012

Assalamualaikum!!..

wah33..sudah lama sekali ana tidak menulis apa2 di dalam blog ini. mungkin sudah 2 tahun agaknya. teruk2.. menandakan mungkin kemahiran menulis saya semakin merudum atau entah-entah sudah karam di lautan. 2012 sudah menghampiri penghujungnya. movie-movie di astro juga sudah ada yang bertemakan "doomsday countdown" amboi!!! mereka itu sedang mengira hari kiamat kah? sudahkah mereka bersedia? 

ok, tahun ini seperti tahun-tahun yang lain ada banyak perkara yang berlaku dalam hidup. antara yang terbesar ialah..jeng33...... kahwin!!!! wow, ainjai dah kahwin? yey...

saya berkahwin dengan seorang mamat dari kedah bernama KHAIRIL AMRI BIN BAKHARI. seorang guru, photographer part time, dan seorang jurulatih softball negeri johor. hehe.... beliau adalah seorang yang penuh dengan cita-cita dan mempunyai pelbagai hobi. ok, I love you my husband! muahhhh!

selepas lebih kurang 2 bulan kami berkahwin, maka pada suatu hari yang gembira, kami bersyukur kerana saya telah hamil! namun, ALLAH berikan kami ujian sedikit. seminggu sebelum raya iaitu pada12/8/2012 saya keguguran. tapi tidak mengapalah kerana me dan husband telah bersedia untuk ujian itu. pada waktu itu, usia kandungan baru sahaja 11 minggu. kecik je lagi..

me dan huaband suka sangat jalan-jalan. well, lebih tepat lagi, saya suka ajak dia jalan-jalan. even baru 2 minggu berpantang, kami telah memanjat cameron highland semasa perjalanan pulang dari kedah ke johor. 
 Kami tak bermalam pon, hanya saja-saja naik cameron untuk breakfast dan turun semula pagi itu juga. so, kedai-kedai masih lagi tutup pada waktu tu.

 oh, kami juga pernah ke genting highland. waktu tu rasanya hanya beberapa hari sebelum saya tahu saya pregnant. patut lah saya rasa sangat penat dan sengal-sengal satu badan. 
  

bercerita tentang cuti sekolah, memang best dapat berehat dari kerja. oleh itu, kami pon ke yogyakarta!!! visit sudin yang dalam semester akhir kursus perubatannya. kesian dia. jadi supir kami di sana. hehe...
 

apabila kami tidak dapat pulang ke kedah dek kerana myvi kami masih lagi rosak, family dari kedah pon datang johor. so, kitorang pon bawa lah mereka ke LEGOLAND!. tapi, hanya snap-snap gambar depan tu je. tak masuk pun. hihi....


 
Me dan husband juga sangat suka makan. kami suka jalan-jalan cari makan. tapi, husband sangat serewet pasal makan. kalau nk makan yang best, dia akan pastikan ada orang rekemen baru dia mau pergi. takut kecewa katanya. kami sangat suka makan ketam! ketam yang syok adalah di tanjung langsat. kami juga discover tempat makan best di sekitar Bandar penawar semasa kami menginap di Lotus Desaru haritu. boley tengok firefly okey kat sini dengan naik bot. nama kedai makan tu, Firefly restoran. makanannya not bad. terutama udang goreng butter dia. memang meleleh...

 

seperti biasa, tiada yang menarik kalau mahu bercerita tentang sekolah. well, apabila kerja dilakukan tanpa minat, maka kerja hanyalah sekadar siap. by the way, lagi seminggu je buka sekolah. but, i dh start bertugas seminggu yang lalu. so, marilah pergi kerja.

ok, wassalam...


1 comment:

beloganakcikgujai@blogspot.com said...

saya hampir mendapat title 'mummy'...haha..xpe2...myb xde rezeki lg...maknanya ktrg blom bosan ngn korg ber2 lg..haha...waktu ktrg da bosan ngn korg baru r dpt anak sedara...boleh 'xnk kawan' korg jauh2..haha... sigh